top of page

PROJEK & GERAK KERJA #Bantuan Banjir 

SUKARELAWAN 

​

​

Kami mengalu-alukan mana-mana pihak yang berhasrat untuk menjadi sukarelawan dalam membantu menggerak projek MISI BANTUAN BANJIR dan program-program seterusnya Skuad Prihatin dan pembangunan sosial. Jadilah anda sebagai masyarakat yang sedar dan prihatin

PUSAT OPERASI​

​

ABIM telah menggerak pusat OPERASI diseluruh negara terutama di kawasan yang terkesan dengan bencana. Antara pusat Operasi yang telah dibuka:

  • Pusat Pengumpulan Bantuan SAP

  • Pusat Pengumpulan Bantuan Bangi

  • Pusat Pengumpulan Bantuan Selangor dan Wilayah Persekutuan

  • Pusat Operasi Gerak Kerja Kuantan

Klinik Bergerak @ Pemeriksaan

Kesihatan

​

Dalam menguruskan bencana ini, ABIM telah menggerakkan ahli-ahli dalam Biro Kesihatan ABIM (BKA) untuk menjalankan operasi pemeriksaan kesihatan di kawasan bencana. 

Program Kerohanian & Sokongan

​

​ABIM menawarkan sukarelawannya untuk dimanfaatkan dalam program kerohanian yang boleh disusun di Pusat Penempatan Sementara Mangsa Banjir/Bencana.

 

Kuliah agama, program kanak-kanak, solat berjemaah antara program penting yang boleh diatur.

Unit Khas - Pemasangan Langsir / Mekanik / Juru Elektrik / Tukang / 4W4

​

​

ABIM menubuhkan Unit Khas mengkaji dan menyediakan idea bagi mewujudkan pusat penempatan yang berciri pematuhan Syariah seperti ada ruang khusus untuk wanita dan pemasangan langsir. Justeru jika ada pakar dalam bidang di atas sila hubungi kami agar khidmat anda boleh dimanfaatkan.

Projek Pasca Banjir

​

Pasca Banjir menumpukan kepada gerak kerja pembersihan, sokongan psikologi dan lain-lain. Sukarelawan amat diperlukan bagi tujuan pembersihan dan lain-lain. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia menghulurkan bantuan. Jika berminat sila hubungi kami.

bottom of page