top of page

[17 Disember 2013]


Alhamdulillah Misi menbantu mengagihkan sumbangan keperluan kepada keluraga berkeperluan di sekitar lokasi banjir di Pekan, Kuantan, Kemaman dan Dungun telah berjaya dilaksanakan.

Sukacita dimaklumkan, setakat ini, Sekretariat Operasi Bantuan Banjir di Sekretariat ABIM Pusat di Gombak dan di Seksyen 1, Bangi telahpun ditutup operasi.

TERIMA KASIH di atas segala sumbangan berbentuk TUNAI dan BARANGAN KEPERLUAN sebagai tanda prihatin kita membantu mereka yang sangat berkeperluan. Dalam urusan membantu dan menunjukkan rasa prihatin, kami sedaya upaya menyampaikan titipan sumbangan dengan cara paling baik dan sama rata. 

TAHNIAH anak-anak muda sukarelawan yang dari awal sehingga hari ini masih menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi untuk berlumba-lumba membuat kebaikan - semoga Allah kurnia yang TERBAIK atas keluhuran hati semua. 

Mewakili Sekretariat Operasi Bantuan Banjir ABIM, ~ sesungguhnya nilai kemanusiaan dan ukhuwwah ini mengikat hati-hati kita sehingga akhir nanti. Semoga Allah menilai usaha yang sangat sedikit dari kita sebagai timbangan yang baik di akhirat kelak. Terima kasih RAKYAT MALAYSIA!

ps ~ 

1. Sekretariat masih dalam perancangan Bantuan pasca banjir 
terutama bagi keluarga yang sangat memerlukan. Tunggu 
UPDATE dari kami ya!

2. Bagi mana-mana anak muda/ agensi yang masih bersemangat 
meneruskan cabaran membantu dan membasuh rumah-rumah, 
boleh hubungi juga Skeretariat dan kami akan bantu liase kan 
kalian dengan pihak yang berkaitan.

 

 

 

Info Terkini Sekretariat : 

bottom of page